Isnin, 29 Mac 2010

[TAZKIRAH] Ciri wanita solehah‏


Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

Ahad, 21 Mac 2010

Mesyuarat Agung Tahunan PPK Ke 32

Mesyuarat Agung Tahunan PPK Ke 32 telah berlangsung pada 09hb Mac 2010 di Dewan Bunga Raya Changkat Jering. Memandangkan tahun ini ada pemilihan Ahli Jemaah Pengarah maka kehadiran ahli perwakilan juga begitu memberangsangkan.




Majlis dirasmikan oleh ADUN Trong - Datuk Rosli b. Husin



Antara Ahli Perwakilan yang hadir.



Buku Mesyuarat Agung.



Mari Menjamu Selera selepas Majlis Peramian... kejap lagi dah nak mula Mesyuarat.



Kerani untuk Pendaftaran bersedia memulakan tugas....

Khamis, 7 Januari 2010

Salam Maal Hijrah & Selamat Tahun Baru 2010




Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun 2010. Walaupun banyak kenangan pahit di tahun 2009 rasa sedih juga nak lepaskan dia pergi.... banyak cabaran.... pengalaman untuk di jadikan pengajaran di tahun 2010. Moga tahun 2010 membawa sejuta rahmat dan keberkatan.


Bercuti di Pulau Pangkor

Percutian ke Pulau Pangkor pada 23hb - 24hb Disember 2009 seramai 11 orang ( kakak & anak-anak ) Bermalam di Teluk Nipah Rimba Kem. Best....cantik pantai dia... tenang je rasa jiwa. Walaupun masa tu kepala berserabut dengan macam-macam hal... bila sampai sana... rasa tenang je.....


Ana & Nur Kasih :)


Depan chalet

Sebahagian dari yang join dalam percutian


Nur Amirah, Mohd Firdaus & Nur Kasih... beraksi atas penyu batu... hehehehe kalau penyu hidup dah tentu dia bawa masuk laut.



Cantik je tengok pulau di depan tu.... teringin nak kesana.... nak berkayak takut.... tengok je dari jauh... seronok la.... rasa nak ke sana lagi kalau ada rezeki. Harap dapat ke sana lagi....


Salam Buat Semua

Lama tul dah tak jengok umahku ini..... udah bersawang......berhabuk...... hehehehe ujung tahun ni agak sibuk sikit. Tapi apa sangat le yang sibuknyer..... entah le..... kenkadang tu buat-buat sibuk... kenkadang tu bila hati tak berapa seronok..... mood pun ilang alahai......... gambar kat bawah ni sempena Majlis Ulang Tahun My Hubby :) . Ada lah wat makan-makan sikit berhimpun adik beradik. Sejak dah jadi anak yatim piatu ni cuma majlis gitu je yang leh dapat kumpul adik beradik.... dapat le bertanya kabar.... bergurau senda :)

Kek ni Yah buat sendiri..... Khas sempena Ulang Tahun suami... Kek Coklat Lembab.

Ni pula antara menu untuk para tetamu... ada Satay ( beli ), Lontong, Roti Jala dengan Kuah Durian dan Puding ( masak sendiri tau ) Perhh!!!! penat ooooo..... dari lepas Subuh dok kat dapur tu sampai ke petang....

Wajah kakak-kakak kesayangan ku..... makan...jangan tak makan.

Rabu, 18 November 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland


Pada 10hb November 2009 hingga 11hb November 2009 PPK Bukit Gantang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland. Lebih kurang 70 orang ( Ahli Perwakilan & Anggota Pengurusan ) Gambar atas ni bunga cute sangat...tak tahu le apa nama bunga nyer... Bunga tu dalam kawasan milik MARDI Cameron Highland.



Ini le wajah orang kuat PPK Bukit Gantang... Letih benor nampak yeop...... cam orang tak cukup tido pun ada...hehehehe... eksen semacam jekkk.



Ini le rupa buah Epal kat MARDI tu.... comey-comey je buah nyer.


Pemandangan dari kebun teh..... masih dalam kawasan mardi juga



Ni Majlis Taklimat oleh Pengurus Besar PPK Cameron Highland.


Ni le rupa pokok Kubis - Ladang Usahawan PPK Cameron Highland. Tuan punya Ladang ni dah lupa lak sape ke namanyer....


Ni pulak pokok tomato... geram tengok.... lom masak lagi....buah lebat tak padan ngan pokok :)


Alahai Strawberry........ ni je yang nampak merah... yang lain semua hijau.... yang dah habis dituai.... yang baru di tanam....... Nampak gayanya waktu lawatan tak kena masa. Tak pe... lain kali leh pi lagi.... angkut Famili lagi :)


Lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak


Intan Payung ni tak lepas peluang beraksi :)


Pada 25hb Oktober 2009 ada hal sikit kena pergi ke Pejabat Tanah Kg. Gajah, balik dari sana saja je buat lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Cantik juga tempat tu.... dorang tengah sibuk perbaiki kawasan kompleks. Kalau di jaga rapi....memang leh jadi tarikan pelancong. Gambar atas ni Galeri dia... tak dapat nak masuk melawat sebab waktu melawat dah tutup. Pemandangan dia memang cantik.....




Apa kenama bangunan ni dah lupa le pulak... tapi ada tulis terowong kalau tak silap.... malang tul masa sampai tu waktu melawat di tutup, nak tunggu buka lambat....apa lagi bila bawa anak dara kecik tu.... lagi le payah.... apa pun memang lawa....tepi sungai.... sedang dinaik taraf agaknya... banyak kawasan yang sedang di baiki.