Rabu, 18 November 2009

Lawatan Sambil Belajar Ke Cameron Highland


Pada 10hb November 2009 hingga 11hb November 2009 PPK Bukit Gantang telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland. Lebih kurang 70 orang ( Ahli Perwakilan & Anggota Pengurusan ) Gambar atas ni bunga cute sangat...tak tahu le apa nama bunga nyer... Bunga tu dalam kawasan milik MARDI Cameron Highland.



Ini le wajah orang kuat PPK Bukit Gantang... Letih benor nampak yeop...... cam orang tak cukup tido pun ada...hehehehe... eksen semacam jekkk.



Ini le rupa buah Epal kat MARDI tu.... comey-comey je buah nyer.


Pemandangan dari kebun teh..... masih dalam kawasan mardi juga



Ni Majlis Taklimat oleh Pengurus Besar PPK Cameron Highland.


Ni le rupa pokok Kubis - Ladang Usahawan PPK Cameron Highland. Tuan punya Ladang ni dah lupa lak sape ke namanyer....


Ni pulak pokok tomato... geram tengok.... lom masak lagi....buah lebat tak padan ngan pokok :)


Alahai Strawberry........ ni je yang nampak merah... yang lain semua hijau.... yang dah habis dituai.... yang baru di tanam....... Nampak gayanya waktu lawatan tak kena masa. Tak pe... lain kali leh pi lagi.... angkut Famili lagi :)


Lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak


Intan Payung ni tak lepas peluang beraksi :)


Pada 25hb Oktober 2009 ada hal sikit kena pergi ke Pejabat Tanah Kg. Gajah, balik dari sana saja je buat lawatan ke Kompleks Sejarah Pasir Salak. Cantik juga tempat tu.... dorang tengah sibuk perbaiki kawasan kompleks. Kalau di jaga rapi....memang leh jadi tarikan pelancong. Gambar atas ni Galeri dia... tak dapat nak masuk melawat sebab waktu melawat dah tutup. Pemandangan dia memang cantik.....




Apa kenama bangunan ni dah lupa le pulak... tapi ada tulis terowong kalau tak silap.... malang tul masa sampai tu waktu melawat di tutup, nak tunggu buka lambat....apa lagi bila bawa anak dara kecik tu.... lagi le payah.... apa pun memang lawa....tepi sungai.... sedang dinaik taraf agaknya... banyak kawasan yang sedang di baiki.

Rabu, 28 Oktober 2009

Ulang Tahun Ku..... jeng-jeng-jeng



Pada 21hb Oktober merupakan ulang tahun kelahiran ku..... bila kenangkan mak yang melahirkanku telah pergi untuk selamanya....memang rasa sedih sangat.....pilu....sayu.... ini Kek makan ramai-ramai ngan keluarga terdekat.... beli je...malas nak buat. Penyakit malas dah datang le tu :)

Hadiah Talam ni diterbangkan jauh dari Sarawak oleh Ana... hehehehe
Hadiah Keronsang ni pulak dari Yon ( Hairul Bariah ) anak saudara sulong, kakak kepada Ana.


Hadiah kelengkapan untuk ke dapur ni dari Yong... kakak sulung :)


Hadiah Frame ni pulak dari Kak Cik Anak Kak Yang.


Sepasang Kain ni hadiah dari Abang Nan dari Batu Pahat


Hadiah ni pulak dari Abang Adnan ( abg kandung )


Hadiah tudung ni dari Aju.... geng satu pejabat.

Hadiah ni dari Kak Yang.... sepasang baju hijau :)


Antara tetamu yang datang masa majlis makan-makan sempena Ulang Tahun :) Terima kasih le dengan ingatan dari semua... jemput le makan.... menu ala kadar je.... maklum le budget dah lari

Mari Memasak

Kuih Talam Cendol

Mini Martabak


Roti Jala & Kari Daging


Kek Coklat Kukus


Gubahan Coklat - Permintaan dari kawan pejabat



Puding Roti


Roti Arab & Kuah Dal

Kek Pisang.
Inilah adalah antara resepi yang diambil dalam laman-laman blog dan telah dicuba. Kira ok juga.... apa yang perlu kena rajin.. itu je. Ada banyak lagi resepi yang pernah dicuba.... tapi tak sempat nak ambil gambar. Cuma resepi diatas ni kira banyak kali dah buat.... Kalau berkenan.... nak resepi leh email.... ekekekeke... Jumpa lagi....

Selamat Pengantin Baru !


Pada 23hb September 2009 di Dewan Majlis Perbandaran Taiping telah berlangsung Persandingan sepupuku -Mustaffa anak Paksu ( Adik arwah abah ). Sempat juga dorang ni berposing. ( Kakak, ana, kak cik & amirul - nampak muka je )

Raja Sehari sedang bersantap. Hehehehe...meriah...... teringat kenangan lama :)



Sama cantik sama padam.... moga berkekalan hinga ke akhir hayat.


Ulang Tahun Ana ( Hasnul Khatimah )

Pada 07hb Oktober Ulang Tahun Ana.... selalu kami dapat raikan bersama, tapi kini dia dah bertugas sebagai Guru di Sibu Serawak..... nampak nya dia pun terpaksa raikan bersama dengan anak murid dia je lah. Apa pun keluarga di sini mendoakan semoga dia panjang umor, murah rezeki, sihat selalu, cepat jodoh :) dan hidup dalam keberkatan dan dilindungi Allah selalu. Amin!


Happy Birthday to You!!!

Selasa, 27 Oktober 2009

Kenangan Hari Raya 2009


Nur Kasih di pagi raya... bergaya dengan baju batik dari Serawak.... hehehehe

Perhimpunan anak-anak sedara semasa hari raya 2009.... ni hanya sebahagian anak sedara je ni.. ada lagi yang tak de dalam gambar.


Ni antara tetamu yang berkunjung.... sepupu sebelah abah, buat kali pertama datang ke rumah, lagi pun baru 4 tahun rumah ni siap di duduki.



Ermm.... Aidil Fitri dah berlalu... ni adalah antara kuih raya hasil keras tangan ku... hehehehe tak comey mana pun..... tengok kawan-kawan dari blog buat kuih lawa bukan main..... jeles tul.... apa nak dikata....ini je yg mampu.

Dapur idamanku....




Hampir 3 tahun baru dapat kumpul duit nak buat dapur idaman..... hehehe akhirnya dapat juga dapur mengikut citarasaku.... abis duit banyak juga...tapi puas hati. Hmm....mungkin orang lain tengok tak lawa.... janji hati, mata sendiri kata lawa.... bukan senang nak dapat buat dapur ni... banyak juga perlu dikorbankan :) nasib baik suami tukang rumah.... kumpul duit beli barang je... lain-lain dia buatkan. Cakap je nak cam tu cam ni.... lukis je.... ada barang, ada duit mesti jadi.
Syukur alhamdulillah........ anganku jadi kenyataan akhirnya :). Masalah terkini.... nak masak malas... ikut angin... ekekekeke bila datang angin malas..... alahaiiii bila datang angin rajin... makk aiiii pantang jumpa resepi....semua nak try..... jadi ngan idak je .... saboo je lah.....




Pusara Mak & Abah


Sebelum hari raya puasa haritu kesempatan diambil untuk melawat pusara mak dan abah. Pusara mereka bersebelahan antara satu sama lain..... kemesraan, kasih sayang mereka semasa masih hidup menjadi contoh pada kami anak-anaknya. Memang rasa sayu.... sedih sangat-sangat bila kenangkan mereka. Terasa begitu kosong dunia nie tampa mereka. Sebelum ni bila tengok kawan-kawan kehilangan ibubapa mereka senang je kita nasihat supaya tabah, tapi bila dah kena pada diri sendiri baru tahu apa yang mereka rasakan....


Pergi Tak Kembali
Artist: Rabbani

Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

Selasa, 29 September 2009

Dosa


Neraka ialah tempat balasan bagi orang kafir dan orang yang berdosa. Dosa akan terjadi jika larangan Allah (perkara haram) dilakukan.Dosa juga akan terjadi jika perintah Allah (perkara wajib) ditinggalkan. Manusia boleh berdosa kepada Allah.Manusia juga boleh berdosa kepada manusia. Tetapi dosa yang diampun tidak lagi dikira dosa.Jika berdosa kepada Allah dan selepas itu bertaubat dan memohon ampun kepada Allah, besar kemungkinan dosa kita akan diampunkan kerana Allah maha pemberi rahmat dan maha pemurah lagi maha pengampun. Tetapi berdosa kepada manusia lain, hanya boleh dimaafkan oleh orang tersebut sahaja. Moga Allah memberi kita hidayah dan taufik dan rahmat agar tidak melakukan dosa. Moga Allah menerima taubat dan mengampunkan dosa yang telah kita dilakukan.Moga Allah melimpahkan rahmatNya, melembutkan hati orang yang kita berdosa kepada mereka, agar memaafkan dosa kita. Moga Allah selamatkan kita dari neraka.


Selasa, 15 September 2009

Selamat Hari Raya !




Dah tinggal beberapa hari lagi semua umat islam akan menyambut Aidil Fitri 1430H. Tentu semua orang telah sibuk dengan persiapan.... Dikesempatan ini ingin aku memohon ampun dan maaf kiranya ada terkasar bahasa atau terlanjur bicara yang telah menyingong perasaan kawan-kawan. Raya kali ini mungkin memberi sedikit rasa sedih kerana tahun ini merupakan tahun pertama aku menyambutnya tanpa Mak & Abah tersayang. Pemergian mereka buat selamanya memberi kesan mendalam dilubuk hati................

Khamis, 27 Ogos 2009

10 Sifat Peribadi Yang Mesti Dipupuk

Sifat peribadi yang luhur merupakan aset penting dan berharga dalam kehidupan seseorang. Ia menjamin kehidupan yang indah dan bahagia tidak kira lelaki mahupun wanita.
Tidak semua di kalangan kita memiliki sifat mulia yang luhur ini sejak azali.
Sebab itu ia harus dipupuk supaya sebati di dalam diri kita dalam menjalani kehidupan seharian.
Hayati 10 sifat peribadi luhur di bawah, tanamkan ke dalam hati sanubari, lalui kehidupan yang lebih bahagia…


1)Tulus
2)Rendah diri
3)Setia
4)Berfikiran positif
5)Perwatakan ceria
6)Bertanggungjawab
7)Percaya kepada diri sendiri
8)Pemaaf
9)Mudah berkira
10)Empati

Tulus
Tulus atau ‘transparent‘ merupakan sifat yang paling disukai oleh semua orang. Ketulusan akan membuatkan orang lain berasa aman dan dihargai dengan kehadiran kita.
Orang yang tulus tidak akan memperbodoh atau berbohong apabila berkata-kata. Sebaliknya sentiasa menyatakan kebenaran, tidak suka mengada-ngada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutar belitkan fakta.
Prinsip tulus ialah “berkata benar walaupun pahit”. Namun begitu, adalah lebih sempurna jika sifat tulus ini digabungkan dengan kebijaksanaan. Supaya ketulusan tidak menjadi penyebab yang boleh merugikan diri sendiri.

Rendah diri
Bukan rendah diri di atas kelemahan, tetapi merendah diri kerana kehebatan dan kekuatan. Inilah yang sukar manusia lakukan. Hanya orang-orang yang berjiwa kental mampu bersikap rendah diri. Ibarat padi yang semakin berisi semakin menunduk.
Orang yang bersikap rendah diri mampu mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Sikap sebegini mampu memberi impak terhadap dua situasi.
Pertama, membuatkan orang yang lebih tinggi pangkatnya daripada kita untuk berasa segan dengan kita.
Kedua, membuatkan orang yang lebih rendah pangkatnya daripada kita untuk tidak merasa kekok apabila berinteraksi dengan kita. Hebat bukan?

Setia
Kesetiaan merupakan satu sifat yang tinggi nilainya. Orang yang setia sentiasa dipercayai dan boleh diharap, selalu menepati janji, mempunyai komitmen yang tinggi, rela berkorban dan tidak berkhianat.

Berfikiran positif
Orang yang bersikap positif sentiasa berusaha melihat segala sesuatu dengan pandangan positif, meskipun dalam situasi yang buruk.
Orang sebegini lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka membicarakan tentang harapan daripada kekecewaan, lebih suka mencari penyelesaian daripada berputus asa, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.

Berperwatakan ceria
Bukan semua orang dianugerahi wajah yang ceria. Oleh itu keceriaan tidak harus dinilai dari ekspresi wajah dan tubuh tetapi sikap dalaman (hati).
Orang yang ceria adalah orang yang dapat menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia juga mampu mentertawakan situasi, orang lain, juga dirinya sendiri. Dia mempunyai potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.

Bertanggungjawab
Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh.
Andai melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan.
Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapapun. Dia menyadari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.

Percaya kepada diri sendiri
Rasa percaya kepada diri sendiri memungkinkan seseorang itu menerima dirinya sebagaimana yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t, menghargai dirinya dan menghargai orang lain.
Orang yang percaya kepada diri sendiri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.

Pemaaf
Kebesaran jiwa dapat dilihat dari kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan.
Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan kekecewaan.

Mudah berkira
Orang yang mudah berkira menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar.
Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuatir dengan masa depan. Dia tidak mahu memeningkan kepada dan memberi tekanan kepada diri sendiri dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.

Empati
Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang mempunyai sifat empati bukan sahaja merupakan seorang pendengar yang baik tetapi juga dapat menempatkan diri di tempat orang lain.
Ketika berlaku konflik dia akan selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak. Dia juga tidak suka memaksa pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti perasaan orang lain.

Kesimpulan
10 sifat peribadi luhur di atas sangat berharga jika dapat diadaptasi dalam hati masing-masing. Bukan mudah, tetapi berbaloi jika dapat sentiasa ditanam, dipupuk dan dirasai oleh semua orang. Cubalah!

Wallahu a’lam.

Petua Mengeratkan Hubungan Dengan Pasangan

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.Perunding motivasi dan keluarga, Datuk Dr Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.
1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4.. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6.. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka - boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi - tegur/perubahan/berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku - sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat - bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
(a) Mental, pendidikan dan ilmu
(b) Emosi
(c) Fizikal dan ekonomi
(d) Sosial
(e) Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
(a) Pendapat atau pandangan
(b) Hobi
(c) Kegemaran
(d) Makanan
(e) Cita rasa
(f) Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Aksi-aksi Nur Kasih - Waktu umor belum sampai 2 tahun

Selasa, 25 Ogos 2009

Khamis, 20 Ogos 2009

Majlis Perpisahan

Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin diluahkan.Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu



Bertemu dan berpisah adat dunia.... tiada yang kekal selamanya, kita akan bertemu dan berpisah dalam berbagai bentuk, berbagai keadaan.... sama ada kita redha atau tidak semua percaturan dalam kehidupan akan tetap kita lalui.


Saat- saat memberi ucapan atau kata-kata akhir memang menyentuh hati.... hari-hari yang telah dilalui sebelum ini penuh dengan kenangan. Pahit atau manis kenangan itu tak penting lagi, apa yang penting semua kenangan itu tak dapat kita beli dengan wang ringgit. Laluilah hari yang mendatang dengan penuh ketabahan & kecekalan.

Selamat Menyambut Ramadhan




Ramadhan kali ni terasa begitu sepi...... abah, mak dah tak de lagi...... yang ada hanya memory lalu waktu bersama dengan mereka..... saat-saat begini baru terasa betapa besarnya kasih sayang yang telah mereka berikan.... moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mak dan abah dan ditempatkan di sisi orang-orang yang beriman.... Amin....