Selasa, 7 Disember 2010

Selamat menyambut awal Muharam 1432



Pejam celik pejam celik dah sampai bulan Muharam. kejap je rasa masa berlalu.... apa agaknye azam tahun nie.... harap-harap dapat jadi Isteri dan Ibu yang baik.

Isnin, 29 November 2010

Gambar Kenangan Semasa Raya Qurban 1431H



Hasnul Khatimah @ Ana..... kat umah



Aku & Ana kt umah Ayang



Ana ngan Shafiq



Di pagi raya Qurban...



Walau pun sambutan tak semeriah mana.... tapi ada la juga gambar-gambar untuk diabadikan di sini....

Isnin, 22 November 2010

Musim Demam menjelma......


Sebelum raya hari tu anak dara kecil demam..... lepas raya nie... mak dia pulak yg demam.....Pi klinik pun ramai je pesakit yg demam.... penyakit lain kurang.... Demam makan daging korban lepas raya.... demam nak raya sebelum raya... hehehehe apa pun Musim Demam dah datang... pada mereka-mereka yang belum demam berhati-hati....mungkin virus demam sedang memerhati....dan mencari mangsa seterusnya... :)

Selamat Hari Raya Qurban



Kek Gula Hangus yang di Kukus....



Nasi Impit Makan Dengan Rendang Kerang...



Puding Cendol.... ada satu lagi juadah tak sempat nak tangkap gambor .... Lontong...

Pejam celik, pejam celik dan bulan Zulhijjah....dah nak abis tahun. Raya qurban tahun ni rasa cam kurang meriah....tak tahu kemana hilangnya kemeriahan tu.... adakah sebab Mak & Abah tak de atau sebab aku sendiri tak buat ibadah korban.... apa pun raya korban tetap diraikan.... inilah antara juadah yang aku buat pada raya korban yang tahun ini.

Selasa, 26 Oktober 2010

Ulang Tahun Diriku.....





Kek ni aku masak sendiri...hias sendiri....makan pun sendiri.... hehehehe nak tunggu orang buat tak de sape nak buat....sendiri bikin le....



Jam Dinding ni hadiah dari Ida.... kawan baik dari zaman TADIKA hingga sekarang



Frame ni hadiah dari anak-anak Ayang ( Amirul,Amirah & Firdaus ) TQ



Beg yang comey ni dari Azura - kawan opis



Beg rama-rama yang buat Kasih terpikat ni pulak dari Yati - kawan opis gak..



Kain ni hadiah dari Ayang.



Kain ni pulak hadiah dari Ana - diterbangkan dari Sarawak :)

Pada 21hb Oktober 2010 merupakan Ulang Tahun ku yang ke 43....huhuhu semakin hari semakin tua..... pada 24hb Oktober 2010 ( Ahad ) aku buat sikit jamuan ringan bersama saudara terdekat.... dah jadi macam acara tahunan lak....tiap tahun mesti buat makan-makan berkumpul dengan saudara terdekat....

Tapi tahun ni ada kelainan sikit.... kawan-kawan masa sekolah menengah ada datang meraikan ulang tahun ku.... semua dah berubah wajah...paling ketara susuk tubuh... terutama yang perempuan..hehehehe.... riuh rendah petang tu dengan ketawa dan cerita. Maklumlah dah lama tak jumpa.... dah sibuk bercerita tentang anak-anak yg dah membesar, tak lama lagi mungkin ada yg akan terima menantu.....

Dalam keriuhan....saudara dan teman-teman....hati berdetik tercari-cari suara garau Arwah abah mengucapkan "selamat ulang tahun" dan senyum simpul arwah Mak.... terasa begitu kerdil...sepi...dan rindu yg tak terucap......walaupun abah dah pergi 4 tahun lalu....dan mak hampir 2 tahun....bayangan dan ingatan tak pernah pudar....

Ahad, 17 Oktober 2010

Salam Pagi.....



Cik Abang menjamu selera dengan Kueh Lapis Biru :)



Kueh Lapis Biru tersenyum tunggu dingap. Nampak pelik tak warna tu???



Set Pinggan Baru Beli tu.... Bau kedai lagi.... ekekekeke

Isnin, 20 September 2010

Ulang Tahun Ayang.....



Ni le Kek yang ku buat khas untuk ayang...



Jemput makan kita raikan ayang walau pun sederhana...janji meriah.



Pada 9hb September 2010 merupakan ulang tahun Ayang ( Kakak ) yang ke 49, kebetulan pada hari akhir Ramadhan.... esok pagi....di hari raya dengan penuh bangga aku siapkan kek untuk raikan bersama-sama dengan saudara terdekat.... huhuhu...hampir kul 3 pagi baru leh tido.... tapi aku bukan lah pakar memasak.... yang sempoi2 je la yang mampu disediakan....

Rindu Hati Tidak Terperi.....




Lama tul tak update blog nie..... rindu sangat....Ramadhan pun dah berlalu... harap-harap dapat bertemu lagi dengan Ramadhan pada tahun hadapan.....

Khamis, 29 Julai 2010

Bengkel Pengurusan Jenazah






Bengkel Pengurusan Jenazah telah diadakan di Dewan Orang Ramai Hujung Matang Pada 11hb Julai 2010- Bengkel tersebut di sampaikan oleh Ustaz Mohd Jamaee b Hj. Idris. Dari keperluan peralatan, cara mencuci dan membersihkan jenazah, cara memandikan jenazah hingga mengkafankan telah diterangkan. Banyak ilmu yang telah diperolehi dari bengkel tersebut. Bengkel tersebut dianjurkan oleh UMNO Cawangan Hujung Matang. Terima kasih pada urusetia yang telah berjaya menganjurkan bengkel tersebut.

Isnin, 21 Jun 2010

Selamat Hari Bapa



Selamat Hari Bapa buat semua bapa-bapa di dunia ini. Moga menjadi bapa yang baik.... lebih baik....... dan terbaik. Tak dapat nak ucap kan hari bapa pada abah tersayang.. tapi....insyaallah....akan dititipkan doa pada tiap lepas solat... moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh abah & mak. Sayangggggggg Abah.

Rabu, 16 Jun 2010

SaLaM.....



Salam sayang...rindu....wat semua kawan-kawan yang sudi melawat blog yang serba kekurangan ini. Dah lama juga tak update... berbagai masalah.....bebanan kerja... ketandusan idea...menyebabkan bertambah lama tak update blog. Kadang-kadang rasa begitu banyak nak diceritakan disini...tapi bila mula nak menaip catatan terus ilang idea....tak tahu apa nak diceritakan... Insya allah kalau ada banyak idea nanti... cepat-cepat akan dimuatkan.... sampai jumpa lagi....

Selamat Ulang Tahun - Acah



Selamat Ulang Tahun Buat Anak saudaraku - Hamishatul Samsiah @ Acah. Pada 29hb Mei merupakan ulang tahun nya yang ke 19 tahun. Moga Allah memberinya keberkatan dalam hidupnya...Moga impiannya tercapai dan jadi anak yang soleh. Selamat Maju Jaya. Ulang tahun nya sama dengan tarikh ulang tahun arwah Mak. Kebetulan hari tu kakaknya yang tinggal di Sibu Sarawak balik...maka saja aku buatkan Kek Pisang, Kek Coklat Lembab & Agar-agar Cendol makan ramai2 ngan keluarga terdekat :).

Salam Buat Semua Kawan-kawan.


Dah lama tak update.... kebetulan betul-betul sibuk....Macam-macam rasa nak masukkan dalam blog...tapi tak ada idea....Hari Ibu yang lalu....tak ada sambutan...bila Mak dah pergi buat selamanya....hati rasa sayu untuk meraikannya...Kini tak dapat lagi nak mencium pipi Mak....mengucup tangan Mak....yang ada hanya kenangan....... Mari kita sama sama baca petikan dibawah yang di ambil dari email ku.... renung-renungkan.
Seorang anak laki-laki
kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa
ibu menangis?"

"Kerana aku seorang
wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti",
kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya
dan berkata, "Dan kau tak akan pernah
mengerti"

Kemudian anak laki-laki
itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa
ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis
tanpa alasan", hanya itu yang dapat
dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu
pun lalu tumbuh menjadi seorang
laki-laki dewasa, tetap ingin tahu
mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi
Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa
wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan
seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku
membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup
lembut untuk memberikan kenyamanan "

"Aku memberikannya
kekuatan dari dalam untuk mampu
melahirkan anak dan menerima penolakan
yang seringkali datang dari anak-anaknya "

"Aku memberinya
kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan
mengasuh keluarganya dengan penderitaan
dan kelelahan tanpa mengeluh "

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya "

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam
kegagalannya dan melengkapi dengan
tulang rusuk suaminya untuk melindungi
hatinya "

"Aku memberinya
kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa
seorang suami yang baik takkan pernah
menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan
hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu"

"Dan akhirnya, Aku
memberinya air mata untuk dititiskan dan
ini adalah khusus miliknya untuk
digunakan bilapun ia perlukan."

"Kau tahu;kecantikan
seorang wanita bukanlah dari pakaian
yang dikenakannya, susuk yang ia
tampilkan, atau bagaimana ia menyisir
rambutnya."

"Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,
kerana itulah pintu hatinya.. Tempat
dimana cinta itu ada."

Ahad, 2 Mei 2010

Nur Kasih oooo Nur Kasih......




Tak abis-abis ngan gelagat dia sambut b'day....kalau ikutkan hati dia nak sambut b'day dia hari-hari...Sekejap je rasa masa berlalu...pejam celik pejam celik Nur Kasih dah umor 4 tahun. Kehadiran yang tak disangka.... kesakitan yang di rasa sewaktu melahirkan....kebahagian yang tercipta bersama kedatangannya. Masa awal kehamilan memang harapkan supaya yang bakal lahir nanti puteri, sebab dah ada sorang putera waktu itu dah berumor 13 tahun. Dalam tempoh kehamilan memang selalu berbual dengan yang dalam perut dengan panggilan NUR KASIH supaya kehadirannya nanti dapat memberi sinar kasih dan sayang kami sekeluarga. Bila lahir je...terus dinamakan NUR KASIH BT BAKRI :)

Jumaat, 30 April 2010

Sajak ciptaan sendiri


Dulu pernah bercita-cita nak jadi penulis.... berkarya....jadi novelis.... tapi impian tinggal impian le pulak.... entah ngapa tetiba ilang semangat...ilang cita-cita...ilang impian.... Dibawah ni merupakan antara sajak yg pernah ditulis... dan pernah tersiar di majalah. Kenapa cita-cita boleh berkubur begitu sahaja... tak patut rasanyer... teringin juga nak sambung kembali impian yang lalu....

Andai tiada Pertemuan

Andai tiada pertemuan...
tiada hati yang merintih pilu
tiada jiwa berlagu rindu
tiada airmata ramah bertamu
andai tiada pertemuan...
tiada jiwa yang akan bersatu
menyanyi lagu bahagia
berirama cinta dan setia

Andai tiada pertemuan...
tiada janji yang termateri
bersulamkan sumpah dan ikrar
berendakan kasih dan sayang
Andai tiada pertemuan.....
tiada nostalgia menjadi kenangan
Biar pahit dan manis dirasa
semuanya kerana sebuah pertemuan.

Isnin, 26 April 2010

Ulang Tahun Nur Kasih Ke 4







Pada 25hb April 2010 genaplah puteri kesayangan menyambut ulang tahun ke 4. Moga dipanjangkan umor, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan menjadi insan yang berguna untuk ugama bangsa & negara.

Setahun Telah Berlalu.....



Pada 02hb April yang lalu genap setahun arwah mak tinggalkan kami semua. Rasa rindu tak pernah padam.... Moga Roh arwah mak & Abah dicucuri rahmat juga di tempatkan disisi orang-orang yang beriman..... Amin !

Isnin, 29 Mac 2010

[TAZKIRAH] Syukurlah kepada Allah‏


Erti Syukur secara mudah ialah berterima kasih dan mengenang jasa.

Cara bersyukur atau berterima kasih atas kurnia Allah ialah dengan jadikan diri kita orang yang bertaqwa, banyak beribadah serta selalu memuji Allah dengan lisan dan di dalam hati.

Hadis Nu'man bin Basyir r.a., bahawasanya Rasulullah SAW. bersabda "barangsiapa yang tidak bersyukur dengan yang sedikit, nescaya tidak akan bersyukur kepada yang banyak; barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, nescaya tidak akan bersyukur kepada Allah Taala."

Bersyukur kepada manusia bermaksud menghargai dan berterima kasih kepada manusia yang banyak menabur jasa dan bakti kepada kita tanpa diminta dan tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Mereka yang dimaksudkan ialah seperti ibu-bapa kita, para guru dan Rasulullah SAW. Di samping memuji-muji dan mengagung-agungkan jasa kebaikan mereka, kita juga dituntut agar sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kerahmatan untuk mereka.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. ditanya oleh isteri baginda mengapakah baginda begitu kuat dan banyak beribadat terutama solat malam sehingga bengkak kaki baginda, jawapan yang diberikan ialah "Salahkah jika aku ingin menjadi hamba yang bersyukur !".

Orang yang tak bersyukur ialah orang yang lupa diri dan tak tahu mengenang jasa.

"Dan mereka beroleh berbagai faedah dan kegunaan pada binatang ternak itu dan juga beroleh minuman; maka mengapa mereka tidak mahu bersyukur?". Surah Yaasin: 73.

"Dan Allah mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran), tetapi sedikit antara manusia yang bersyukur." (As-Sajadah: )

"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah ni'mat kepada kamu dan jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih. (Ibrahim : 7)

[TAZKIRAH] Selawat‏


Dari Abu Mas'ud al-Badri r.a, katanya: Rasulullah s.a.w datang kepada kita dan kita semua sedang dalam majlis Sa'ad bin Ubadah, lalu Basyir bin Sa'ad berkata kepada beliau s.a.w: Allah menyuruh kita supaya kita membaca selawat kepada Tuan, Ya Rasulullah, maka bagaimanakah cara kita membaca selawat kepada Tuan itu? Rasulullah s.a.w. lalu diam, sehingga kita semua mengharapkan, alangkah baiknya kalau tadi Basyir tidak bertanyakan kepada beliau tentang hal itu. Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Ucapkanlah: Allahumma shalli'ala Muhammad wa'ala ali Muhamnmad. Kama shallaita'ala Ibrahim. Wa bari'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad. Kama barakta'ala ali Ibrahim. Innaka hamidum majid. Artinya: Ya Allah, berikanlah tambahan kerahmatan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah memberikan tambahan kerahmatan pada keluarga Ibrahim. Ya Allah, berikanlah tambahan keberkahan pada Muhammad dan pada keluarga Muhammad, sebagaimana Engkau telah menambahkan keberkahan pada keluarga Ibrahim. Sesungguhnya Engkau adalah Maha Terpuji lagi Termulia. (Muttafaq 'alaih).

Allah menyuruh kita untuk selawat sebagai tanda hormat dan mengenang jasa pengorbanan Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarga baginda.

Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Seutama-utama manusia bagiku pada hari kiamat ialah orang yang terbanyak bacaan selawat padaku, yakni lebih diutamakan oleh beliau s.a.w untuk dapat memperoleh syafaatnya dan dapat kedudukan yang terdekat dengannya. (Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah hadis hasan.)

Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: Tiada seorang pun yang memberi salam/selawat padaku, melainkan Allah mengembalikan rohku, sehingga saya dapat menjawab salam orang itu. (Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawuyd dengan isnad sahih.)

Dari Fadhalah bin Ubaid r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. pernah mendengar seseorang yang berdoa, tetapi ia tidak mengucapkan puji- pujian kepada Allah Ta'ala dan tidak pula membaca salawat pada Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: Tergesa-gesa sekali orang ini, kemudian orang itu dipanggilnya. Nabi s.a.w lalu bersabda pada orang itu atau pada orang lain juga: Jikalau seseorang di antara engkau semua hendak berdoa, maka hendaklah memulai dengan mengucapkan puji-pujian kepada Allaha yang Maha Suci serta puja-pujaan padaNya, selanjutnya membaca selawat kepada Nabi s.a.w. seterusnya bolehlah ia berdoa dengan apa yang dikehendakinya. (Diriwayatkan oleh Imam-Imam Abu Dawud dan Termidzi mengatakan bahwa ia adalah hadis sahih.)

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda : "Perbanyakkanlah membaca selawat pada ku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali) ". (Riwayat Al Baihaqi)

Dari Aus bin Aus r.a.katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di antara hari-harimu yang paling utama sekali ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada hari itu, sebab sesengguhnya bacaan selawatmu itu ditunjukkan kepadaku. Para sahabat berkata: Ya Rasulullah, bagaimanakanh selawat kita semua itu dapat ditunjukkan kepada Tuan, sedangkan Tuan sudah hancur tubuhnya? Nabi s.a.w bersabda: Sesungguhnya Allah mengharamkan pada tanah untuk makan tubuh sekalian Nabi. (Diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud dengan isnad sahih.)

Allah Ta'ala berfirman: Sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat kepada nabi,(yakni Nabi Muhammad s.a.w.). Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu. (Al-Ahzab:56)

[TAZKIRAH] Ciri wanita solehah‏


Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."

Ahad, 21 Mac 2010

Mesyuarat Agung Tahunan PPK Ke 32

Mesyuarat Agung Tahunan PPK Ke 32 telah berlangsung pada 09hb Mac 2010 di Dewan Bunga Raya Changkat Jering. Memandangkan tahun ini ada pemilihan Ahli Jemaah Pengarah maka kehadiran ahli perwakilan juga begitu memberangsangkan.




Majlis dirasmikan oleh ADUN Trong - Datuk Rosli b. Husin



Antara Ahli Perwakilan yang hadir.



Buku Mesyuarat Agung.



Mari Menjamu Selera selepas Majlis Peramian... kejap lagi dah nak mula Mesyuarat.



Kerani untuk Pendaftaran bersedia memulakan tugas....