Jumaat, 30 April 2010

Sajak ciptaan sendiri


Dulu pernah bercita-cita nak jadi penulis.... berkarya....jadi novelis.... tapi impian tinggal impian le pulak.... entah ngapa tetiba ilang semangat...ilang cita-cita...ilang impian.... Dibawah ni merupakan antara sajak yg pernah ditulis... dan pernah tersiar di majalah. Kenapa cita-cita boleh berkubur begitu sahaja... tak patut rasanyer... teringin juga nak sambung kembali impian yang lalu....

Andai tiada Pertemuan

Andai tiada pertemuan...
tiada hati yang merintih pilu
tiada jiwa berlagu rindu
tiada airmata ramah bertamu
andai tiada pertemuan...
tiada jiwa yang akan bersatu
menyanyi lagu bahagia
berirama cinta dan setia

Andai tiada pertemuan...
tiada janji yang termateri
bersulamkan sumpah dan ikrar
berendakan kasih dan sayang
Andai tiada pertemuan.....
tiada nostalgia menjadi kenangan
Biar pahit dan manis dirasa
semuanya kerana sebuah pertemuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan