Rabu, 2 Mac 2011

Buat Renungan Kita Bersama.....



1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah.


2. Ketika membasuh muka,berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".

Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab-hisabnya di tangan kanan .

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri .

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"

Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah dll.

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali..

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"

Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.

Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang dituntut dalam Islam mempunyai hikmah nya yang tersendiri.

Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati Islam?

Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?

Bersyukurlah dan bertaubat selalu.. Copy dan share posting ini kepada rakan-rakan yang lain. Ikhlas kerana Allah..

Tazkirah : Renungan Buat Kaum Wanita




Tabiat Wanita membawa ke Neraka.


Assalamu'alaikum wr wb ..
Sebagai peringatan untuk para wanita dipaparkan suatu peristiwa di suatu
Eid, di mana seorang wakil telah dilantik dari kaum wanita untuk bertemu
dengan Rasulullah SAW untuk meminta Baginda SAW memberi ucapan khusus
untuk kaum wanita. Baginda bersetuju dan menyuruh mereka berkumpul di
Baabun Nisaa'. Setelah kaum wanita berkumpul, Bilal pergi memanggil
Rasulullah SAW. Baginda pun pergi ke sana , dan memberi salam dan memberi tazkirah
seperti berikut:

"Assalamu'alaikum, wahai kumpulan/kaum wanita.
Wahai kaum wanita, aku lihat kamu ini lebih banyak di neraka".
Seorang wanita lalu bangun bertanya, "Apakah yang menyebabkan yang
demikian? Adakah sebab kami ini kufur?' Rasulullah SAW menjawab,
"Tidak".
Bukan begitu. Tetapi ada 2 tabiat kamu yang tidak elok yang boleh
menjerumuskan kamu ke dalam neraka:
1. Kamu banyak mengutuk/menyumpah
2. Kamu kufurkan kebaikan suami."

Kemudian baginda SAW mengingatkan supaya :
1. Banyak beristighfar
2. Banyak bersedekah.

Keterangan:
Yang dimaksudkan dengan mengutuk/menyumpah ialah seperti contoh di
bawah:

Contoh 1
Katakan kita lama menunggu bas. Tetapi bas masih tak kunjung tiba,
akibat geram dan marah kita mungkin berkata, "Driver bas ni dah mampus
agaknya."
Perkataan mampus itu termasuk dalam erti kata menyumpah. Lisan wanita
memang terlalu cepat menyumpah. Kadang-kadang pakaian, perkakas
rumah, hatta suami pun kena sumpah.

Contoh 2
Tengah memasak gas habis.. Kita mungkin berkata "Celaka punya gas.
Masa ni jugak nak habis."
Yang dimaksudkan kufur di sini bukan kufur I'tiqad tetapi bererti
tidak mengiktiraf Kebaikan, di sini bermaksud tanggungjawab yang telah
ditunaikan oleh suami.
Berkaitan dengan hal ini, Rasulullah pernah ditanya oleh seorang
suami yang kurang faham. Rasulullah SAW berkata,"Tidakkah pernah engkau
jumpa, seorang
isteri, jika seumur hidup engkau, engkau berbuat baik kepadanya, tetapi di
suatu ketika, disebabkan dia tidak mendapat sesuatu yang dia kehendaki,
maka dia akan berkata ,"Awak ini, saya tak nampak satu pun kebaikan
awak"

(Terjemahan langsung dari Arab).
[Dalam masyarakat kita kata-kata di atas mungkin boleh dikaitkan
dengan perkataan seperti berikut:
"Selama hidup dengan awak, apa yang saya dapat?".] [Tak guna sesen
pun']
Rasulullah SAW sambung lagi ,'Mana-mana isteri yang berkata, "Awak
ini, saya tak nampak satu pun kebaikan awak", maka akan gugur pahala-pahala amalannya. Subhanallah, Maha Suci Allah. Sebutan sebegini memberikan pahala dan
' Saranan Rasulullah SAW yang seterusnya ialah menyuruh kaum wanita banyak beristighfar dan bersedekah, kerana ia dapat menyelamatkan kita dari 2 perkara yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka seperti yang disebutkan tadi.

Fadhilat beristighfar:
a) Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70
x sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk)."
Sebelum nyanyuk di hari tua, amalkan sejak muda-muda lagi. Rasulullah
SAW menganjurkan kita beristighfar 70 atau 100 kali sehari. Baginda
sendiri melakukannya lebih dari 100 X sehari. Adalah diingatkan untuk
mencapai target ini, eloklah kita menjadualkan amalan zikir ini dalam
amalan-amalan harian kita.

b) Sabda Rasulullah SAW : "Siapa yang melazimkan amalan istighfar,
akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah
yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan
bererti berdukacita"

c) Istighfar juga memurahkan rezeki. Jangan dianggap rezeki itu hanya
dalam bentuk wang ringgit atau harta benda. Tetapi ia juga termasuk
kesihatan, umur, kasih sayang dan anak-anak. Sedekah tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit. Sedekah juga termasuk:

1. Tuturkata/percakapan yang baik. Yang paling utama ialah terhadap
keluarga sendiri. Ertinya tidak menyakitkan hati. Inilah rahsianya
bagaimana hendak menambat hati suami. Diriwayatkan, Saidatina Khadijah ra, isteri Rasulullah SAW yang pertama, tidak pernah menyinggung hati Rasulullah walau sedikit pun. Sepanjang hayat baginda SAW, hati baginda dipenuhi dengan Khadijah, sehingga sering menyebut nama beliau.
Kadangkala hingga menimbulkan perasaan cemburu dikalangan isteri-isteri baginda.
Diriwayatkan juga, Jibril as setiap kali selepas memberi wahyu kepada Rasulullah
sebelum meminta diri, selalu mengirim salam kepada Khadijah. Suatu hari
Rasulullah SAW telah bertanya beliau, dan jawab Jibril, "Khadijahlah
satu-satunya perempuan yang Allah SWT berkenan tuturkatanya" .

2. Memberi salam.

3. Memaniskan wajah.
Juga terutamanya kepada ahli keluarga. Rasulullah SAW pernah
bersabda, "Kamu senyum sahaja pun sudah menjadi sedekah." Terdapat juga suatu
syair Arab yang berbunyi :

"Nak buat baik, sangatlah mudah, Maniskan wajah, lembutkan lidah."
Maka setelah diberi peringatan oleh Rasulullah SAW marilah kita
bertafakkur dan bermuhasabah diri-diri kita. Sekiranya terdapat
sifat-sifat buruk yang boleh menjerumuskan kita ke dalam api neraka itu,
maka eloklah kita mengubah sikap kita dari sekarang.

Peringatan Terakhir - Melatah:
Bagi wanita yang suka melatah seperti O pocot?, ? O nenek kebayan?, ?O sayang? -
jangan biarkan diri anda,
Melazimkan sebutan-sebutan sepertinya kerana sebutan itu tidak membawa sebarang
makna & kebaikan.
Kelaziman sebegitu dari waktu muda akan terbawa ke hari tua. Ubahlah sebutan anda
ketika melatah dengan Menyebut makna kepada yang menyebut & mendengarnya.
Moga-moga dengan membiasakan diri berzikir, latah anda juga akan turut berzikir. Semoga tazkirah ini kita sama sama buat pedoman dalam menjalankan hidup kita sehari harian...yang baik kita jadi kan tauladan...yang jahat kita jadikan sempadan....

Apam Pisang



Sedap gak apam pisang nie.... cuba le...tak rugi....


Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
8 biji pisang emas (sederhana besar)
3/4 cawan mentega, dicairkan dan disejukkan (boleh digantikan dengan minyak) , saya guna minyak jagung
4 biji telur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 cawan gula, saya guna 3/4 cawan
secubit garam

Cara-cara :
1. Tepung gandum diayak dengan baking powder. Ketepikan.
2. Pisang dilecek halus dan digaul dengan baking soda dan garam.
3. Pukul telur bersama gula, masukkan mentega cair/ minyak.
4. Kemudian masukkan tepung gaul rata dan kemudian tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan mentega. Kukus selama 45 minit menggunakan api yang sederhana.

Selasa, 1 Mac 2011

Mari Makan :) tapi kena masak dulu tau :)



Apam pink ni jadi kegemaran anak dara sorang. Kalau buat separuh tu dia yang punya. Apa lagi warna pink tu merupakan kegemaran dia...cam jadi kuih khas untuk dia la.

BAHAN-BAHAN:

1/2 cwn air suam
1 paket yis segera mauripan
1 camca teh gula pasir

2 1/2 cwn air
3 cwn tepung gandum
5 sudu makan tepung beras
3/4 cwn gula pasir
Sedikit pewarna makanan - saya guna warna merah jambu

**Nota:
Sukatan menggunakan cawan (cup) yang standard adalah 250ml. Walaubagaimanapun, boleh gunakan cawan minum teh/kopi yang biasa walaupun ia bukan berukuran 250ml. Cuma, gunakan cawan yang sama untuk menyukat semua bahan-bahan dalam sesuatu reispi itu.

CARA-CARA:

1. Bancuh air suam, yis dan gula pasir hingga larut . Biarkan selama 5 minit sehingga berbuih.
2. Sementara itu, masukkan semua tepung, air, gula dan pewarna ke dalam pengisar. Kisar hingga semua larut.
3. Tuang bancuhan tepung ke dalam satu bekas besar. Masukkan juga bancuhan yis yang telah kembang. Gaul rata.
4. Tutup bekas dengan plastik. Perap selama 1 jam atau sehingga kembang.
5. Panaskan kukusan. Lengser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak makan. Boleh alas dasar loyang dengan plastik supaya mudah menanggalkan apam bila sudah siap dikukus nanti.
6. Tuang adunan ke dalam loyang dan kukus apam selama 40 minit.
7. Biarkan apam sejuk dahulu sebelum dipotong.
8. Boleh dihidang dengan kelapa parut. Agar kelapa parut tahan lebih lama, kukus selama 5 minit. Gaulkan dengan sedikit garam.



Nasi Lemak Hijau ni pula jadi pilihan cik abang. Sedap dan kenyang. T/hari tak payah masak dah kalau dah sarapan ngan Nasi Lemak Hijau nie.



Mee Tunis Baling-baling :) ni jadi pilihan Anak bujang.... dia memang suka makan Mee. resepi dia pun main baling-baling je apa yang ada dalam peti sejuk.. janji kenyang :)

Kenangan Bersama Pelajar Praktikal :)





Ada le sorang cikgu tup-tup praktikal kat pejabat ni selama sebulan.... masa hari akhir dia pulak yang beli Kek....kasi hadiah kat GM.... cam terbalik lak....hehehehe

Sijil Pertama buat Nur Kasih



Hehehehe.... Hari Sabtu 26/2/2011 ada Pertandingan Mewarna untuk TBK Kemas. Nur Kasih pun tak lepas peluang join sekali... bukan main bersemangat dia.... Pertandingan mewarna di anjurkan oleh Jabatan Penerangan. Nur Kasih cuma dapat Sijil penyertaan je. Itu pun bukan main seronok dia....pada hari tersebut ada macam-macam acara juga... ada sukan rakyat...tarian poco-poco... hehehehe aku pun ada ambil bahagian gak.... bowling padang....dapat No 3 jadi laaa.....

Seri Muka Pisang



Buat masa petang Isnin 28/2/2011 - tak sempat nak make up kasi lawa sikit gambar dia... itu je yang tinggal. Tak cantik tak pe..janji sedap. Resepi ni biasa le dari blog kawan-kawan dalam internet nie.... pertama kasi mencuba..dan hasilnya okeylah.... suami pun suka makan. Resepinya seperti dibawah :)

Lapisan Bawah

1 cawan tepung beras
2 cawan santan
2 cawan pisang lenyek
1/2 cawan gula* kalau pisang manis,harap kurangkan
2 sudu tepung kastad
sedikit pewarna kuning/oren ( saya tak letak ) sebab tu nampak pucat

Cara-cara

Campurkan semua bahan kecuali pisang. Saya masak sebentar hingga naik wap barulah masukkan pisang yg di lecek.
Alas loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak.
Tuang adunan dan kukus selama 20 minit.

Lapisan Atas

60gm tepung gandum
100gm gula
250gm santan
50gm jus pandan *saya guna 1 sk pandan paste + 50gm santan
1/2 sudu tepung jagung
2 biji telur
sedikit garam dan pewarna hijau

Cara-cara

Pukul telur dgn gula. Kemudian campurkan dgn bahan-bahan lain. Tapis dan curah atas kukusan lapisan bawah tadi.
Sebelum tuang adunan di atas lapisan bawah, cakar2kan sedikit atas permukaan pisang dngn menggunakan garpu. Kukus semula selama 20 minit. Kemudian sejukkan dan potong...