Khamis, 29 Julai 2010

Bengkel Pengurusan Jenazah






Bengkel Pengurusan Jenazah telah diadakan di Dewan Orang Ramai Hujung Matang Pada 11hb Julai 2010- Bengkel tersebut di sampaikan oleh Ustaz Mohd Jamaee b Hj. Idris. Dari keperluan peralatan, cara mencuci dan membersihkan jenazah, cara memandikan jenazah hingga mengkafankan telah diterangkan. Banyak ilmu yang telah diperolehi dari bengkel tersebut. Bengkel tersebut dianjurkan oleh UMNO Cawangan Hujung Matang. Terima kasih pada urusetia yang telah berjaya menganjurkan bengkel tersebut.