Isnin, 30 Mei 2011

Percubaan menDECAL ........



Selalu melawat blog-blog dalam internet nie...macam-macam ilmu kita leh dapat. Seronok sangat tengok dorang menDECAL barang-barang lama hingga jadi sungguh menawan. Semangat berkobar-kobar untuk mencuba......akhirnya percubaan pertama pada kotak tissu plastik. lupa pulak nak tangkap gambar sebelum DECAL kan dia. sebelum ni kotak tissu ni gambar Tom& Jerry ............ ini lah hasil nyer......walau tak sehebat mana..tapi tetap rasa bangga sebab berjaya...... bangga..... :)

Rabu, 18 Mei 2011

Selamat Hari Ibu.....



Disaat orang lain sibuk meraikan "Hari Ibu" Aku betul-betul rindukan arwah Mak. Rindu pada masakannya yang enak.....rindu pada tawa & rajukkan.....juga rindu pada bebelan yang menasihati dengan penuh kasih sayang..... Mak yang terbaik....yang termantop... Mak adalah segalanya.... Moga Allah mencucuri rahmat keatas Roh Mak......

Mengisi Masa Waktu Cuti Rehat.

Tetiba rasa malas betul nak pergi kerja....ambil cuti tahun duduk rehat-rehat tenangkan minda yang berserabut dengan kekalutan BOS. Dah rehat kat umah rasa boring lak tak buat apa-apa..........teringin lak rasa nak buat alas meja...... maka ini lah hasilnya.......... :)




Ulang Tahun Nur Kasih yang ke 5






Pada 25hb April genaplah Nur Kasih 5 tahun. Disebabkan kesibukan waktu dan jatuh pada hari kerja maka jamuan kecil meraikan ulang tahun kelahirannya di buat pada 01hb May 2011. Macam biasa hanya menjemput sedara & jiran terdekat. Moga Nur Kasih menjadi anak yang solehah, berjaya di dunia & akhirat.