Rabu, 14 September 2011

Majlis Jamuan Hari Raya di Pejabat.







Pada 09hb September 2011 Majlis Jamuan Hari Raya di pejabat diadakan secara sederhana tapi meriah.Biasalah bila sebut jamuan...macam-macam juadah di sediakan. Awal pagi semua staff bergotong royong masak rendang ayam untuk makan dengan lemang yang ditempah. Antara menu yang disediakan...Laksam, Ayam Percik, Yong Tau Fu, Rojak Salad, Mee/Keowteow goreng, Bubur/Pengat Keladi dan Istimewa Lemang/ Ketupat. Meriah gitu..

Khamis, 8 September 2011

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2011






Pejam celik pejam celik Syawal menjelma lagi.... hari-hari yang berlalu sepanjang Ramadhan tidak terasa. Raya kali ni di sambut meriah bersama adik beradik yang ada. Selepas Mak & abah dah pergi untuk selamanya...kemeriahan hari raya terasa kurang. Rindu betul dengan Ketupan palas & rendang ayam Arwah Mak. Saat-saat begini terasa begitu sepi...didalam keriuhan. Rindu nak dengar suara garau arwah abah..... rindu saat-saat indah bersama.....